JUM ! SINGGAH SINI JAP ? MINUM KOPI LUU ... HAHA

Thursday, July 7, 2011

cinta itu kadang2 pshyco siket ... tapi tape , peliharalah ia dan suci kan ia

Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat . Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Ini kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya . Itulah cinta . Janganlah sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih lagi mencuba . Janganlah sesekali menyerah jika kamu masih berasa sanggup . Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya .Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia kerana nanti kamu yang akan menangisi dan meratapi kekesalanmu . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di hatimu itu sekarang selagi ada hayatnya . Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu . Tetapi ... lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya . Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu . Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi . Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam . Oleh itu , kejarlah cinta seperti kamu mengejar masa dan apabila kamu sudah mendapat cinta itu , peliharalah ia seperti kamu memelihara maruah dirimu . Sesungguhnya , cinta itu kurniaan ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN MAHA ESA ...  
sekian .... heee .... :DD

No comments:

Post a Comment